Sunday, 15 February 2015

Jangkaan masa antara homestay dan tempat-tempat menarik di Kuala Terengganu


          Homestay Al-ikhlas adalah satu tempat yang sangat strategik kerana berada di sebuah bandar yang sedang pesat membangun. Kedudukan homestay ini yang berdekatan dengan Universiti Malaysia Terengganu(UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) amat memudahkan kepada ibu bapa yang ingin mendaftar anak mereka ke universiti tersebut.Berikut adalah jangkaan masa yang di buat daripada homestay ini. 




Tempat-tempat menarik di Kuala Terengganu.


Tempat-tempat menarik di Kuala Terengganu.

                 Sebagaimana yang diketahui umum, negeri Terengganu ini terkenal dengan Bandaraya Warisan Persisir Air. Keunikan dan keindahan pantai dan lautannya pasti memukau mata yang memandang. Antara tempat-tempat yang wajib dilawati semasa berada di terengganu ialah Taman Tamadun Islam.




Map To Taman Tamadun Islam

Image

Bas Bandar

The Heritage City buses ply its daily route around Kuala Terengganu City including Taman Tamadun Islam as its last stop. The C-02 route departs from Dataran Shahbandar through Jalan Hiliran, Mydin Mall, Chabang Tiga, Kampung Losong, State Museum and Taman Tamadun Islam.
Visitors could take a trip on Bas Bandar from Taman Shahbandar to get to Taman Tamadun Islam at the Wan Man Island. The bus also will be stopping by other interesting spots in Kuala Terengganu.
Bas Bandar Operating days/hours:
Monday - Thursday: 11.00am, 1.30pm, 4.30pm
Friday - Sunday & Public Holidays: 11.00am, 12pm, 1.30pm, 2.30pm, 3.30pm, 4.30pm
For enquiries, kindly call: Tel :09-6278000 (samb 8170)
Image

Laluan Bas Bandar.pdf

Water Taxi

Image

Water taxi or Bot Penambang is another interesting way to visit Taman Tamadun Islam. Tickets are available at the jetty terminal. Daily departures are from Shahbandar jetty next to Pasar Payang Market.
Visitors could use water taxi services at Shahbandar Jetty to get from the town of Kuala Terengganu to Wan Man Island where TTI is nestled. Surely, your journey while cruising along the Terengganu River before boarding at TTI via Tok Ku Paloh Jetty would be an unforgettable experience.

Taxi

There are taxis on call from most hotel and resort in the city. Hotel Reception is able to assist in getting the taxi at the convenience of the guests. Most travel agents in the city provide car or van for rental at affordable rates.
For those who are coming from the bus terminal or within the town’s vicinity, you could always opt to get a taxi from the Kuala Terengganu Taxi Station. Besides, the taxi services are also available at Sultan Mahmud Airport for airlines’ passengers. The journey to TTI from these locations would take up approximately 30 minutes.
From the city centre, follow Jalan Sultan Ismail route towards Jalan Hiliran until reaching the junction next to Chabang Tiga Wet Market. Turn right for another junction that takes a straight route towards the State Museum and turn right to Taman Tamadun Islam.
For enquiries, kindly call:
09-622 1581 (Persatuan Pemandu Teksi Terengganu)


TTI River Cruise

river cruise.jpg
river cruise.jpg

Ataupun anda boleh layari sendiri di laman sesawang http://www.tti.com.my/page/tti-river-cruise

Tip melancong Untuk Anda : Sedia hadapi bencana yang tidak di duga

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar anda hari ini? Semoga anda dan keluarga sihat dalam menempuh kehidupan seharian.

Seperti yang anda sedia maklum, Gempa bumi, kebakaran, tsunami atau taufan antara bencana yang berlaku tanpa diduga. Ini yang sering kita fikirkan ketika untuk bercuti. Tetapi, apabila mengunjungi destinasi yang terdedah kepada beberapa jenis bencana, kita sebenarnya mengambil beberapa risiko.
Kita mungkin tidak dapat mengetahui bila ia akan berlaku tetapi dapat mempersiapkan diri dengan membawa keperluan yang boleh digunakan apabila berlaku bencana terbabit.

Berikut beberapa tips dan panduan yang yang boleh membantu anda ketika dalam perjalanan atau selepas bencana.

• Wisel 


Alat ini adalah sesuatu yang sangat penting terutama di kawasan-kawasan yang sering dilanda gempa bumi. Wisel membantu pasukan penyelamat mencari anda jika terperangkap di dalam bangunan atau di bawah runtuhan selepas bencana.

Bunyi nyaring wisel lebih mudah dikesan daripada suara manusia dan ia alat yang amat diperlukan apabila dehidrasi selepas ke­upayaan anda tiada untuk menjerit.

Kegunaan lain ketika melancong ialah sebagai keselamatan peribadi jika anda berjalan bersendirian atau pada waktu malam atau terpisah daripada kumpulan.



• Peti kecemasan 

Kekal sihat selepas berlakunya bencana adalah sesuatu yang mustahil dan ini bermakna akan ada kecenderungan untuk mendapat cedera ringan.

Peralatan asas untuk membantu jika anda cedera ringan seperti pad pembalut beralkohol, antibiotik paket kecil dan pembalut boleh membantu untuk menghindari daripada luka anda dijangkiti. Tambahan pula, dengan saiz yang kecil, ia mudah di bawa dan tidak mengambil ruang dalam beg.

Kegunaan lain ketika melancong ialah merawat calar, gigitan pepijat atau membantu orang yang tidak dikenali yang memerlukan pertolongan segera.


• Lampu suluh

Dalam bencana alam, ketiadaan bekalan elektrik adalah perkara pertama yang berlaku. Justeru, ketika dalam bangunan atau di dalam kereta api bawah tanah, anda mungkin memerlukan sumber cahaya untuk membantu mencari jalan keluar.

Justeru, membawa lampu suluh adalah sangat membantu dalam hal seperti ini. Untuk menyenangkan anda, pilih yang bersaiz kecil berlampu LED dengan ketahanan bateri yang panjang dan lampu lebih terang.

Kegunaan lain ketika melancong ialah ia memudahkan anda mencari jalan kembali ke khemah selepas tengah malam, ke tandas atau sebagai pemandu arah di laluan tidak terang.


• Topeng habuk

Habuk daripada runtuhan boleh menyebabkan masalah pernafasan jangka pendek dan isu-isu kesihatan jangka panjang. Walaupun topeng habuk tidak menapis semua habuk, ia memberikan perlindungan terhadap zarah lebih besar yang diterbangkan di udara.

Anda nyata boleh menjaga kesihatan dan keselamatan dengan topeng habuk ini. Dengan saiz topeng habuk yang kecil dan ringan, anda boleh membawa beberapa topeng bersama untuk diberikan kepada rakan-rakan.

Kegunaan lain ketika melancong ialah bagi me­ngelak dari rasa sejuk ketika di dalam kapal terbang atau perlindungan kepada habuk daripada ribut.


• Makanan

Selepas bencana, bekalan makanan sering berkurangan. Jadi, simpan snek berprotein tinggi di bahagian bawah beg dan ia membantu mengekalkan tenaga lebih lama.

Makanan seperti bar kesihatan atau kekacang adalah yang paling mudah tetapi pilih yang tidak mudah rosak semasa dalam perjalanan.

Kegunaan lain ketika melancong ialah membantu apabila lapar di tengah jalan apatah lagi ketika itu sukar mendapatkan kedai makan atau makanan halal.


• Air

Air bersih adalah salah satu perkara yang paling penting dan harus dimiliki selepas bencana. Untuk persediaan, beli botol air yang boleh digunakan semula dan isi setiap pagi.

Untuk memudahkan anda membawa ke mana saja, pilih botol bersaiz kecil yang tidak mengambil banyak ruang di dalam beg.

Kegunaan lain ketika melancong ialah ia boleh mencegah anda dari dehidrasi sambil menjimatkan wang dan membantu saat sukar untuk mendapatkan sumber air ketika dalam perjalanan.


• Pengecas Lebih

Mengecas telefon memerlukan kedua-duanya iaitu elektrik dan akses kepada soket, dua syarat yang boleh menjadi sukar untuk ditemui selepas bencana besar.

Justeru, dalam situasi bencana, bawa bateri lebih yang kecil atau pe­ngecas solar untuk memanjangkan hayat telefon bimbit anda.

Pililah pengecas yang sekecil tiub gincu atau memilih untuk membawa pengecas solar sedikit lebih besar tetapi menggunakan kuasa matahari.

Walaupun sistem telefon dan wifi yang tidak baik, ia membantu anda untuk menggunakan telefon sebagai lampu suluh, dokumentasi dan mengakses aplikasi yang direka untuk membantu dalam kecemasan.

Kegunaan lain ketika melancong ialah ia membantu anda untuk terus berhubung melalui aplikasi, peta, media sosial, e-mel dan telefon, apabila bateri telefon semakin berkurangan.
- See more at: http://deselesahomestay.blogspot.com/2014/08/tip-melancong-untuk-anda-sedia-hadapi.html#sthash.ERCvz7f6.dpuf